Followers

Thursday 21 July 2011

Selepas boring berFacebook.......

Nak pejam x mau terpejam,nk celik x brapa larat nk celek so aku pon decide untuk kembali lg ke blog ni untuk buat sedikit pengeditoran...cewahh,bahasa....hehee..ok guys,nak cerita sikit asal penubuhan kandang2 arnab di rumah bapaku ni sebenarnya dah lama..kalau x silap aku dah tujuh tahun  lebih keluarga aku terbabit dalam industri penternakkan arnab nih...semuanya bermula dari idea abang sulung aku yg memang hobi dia menternak binatang seperti kambing dan lembu di kawasan rumah aku..tapi setelah berlakunya kes-kes kecurian kambing dan kes-kes penjualan lembu sehingga tinggal kandang kosong,abang aku pon decide nak edit kandang lembu tu menjadi blog-blog rumah sewa kos sederhana untuk dia mengurung baka-baka arnab terbaru yg dia dah beli...dialah yg bertanggungjawab melaburkn modal dan dengan kemahiran serta knowledge yg dia ada untuk membela arnab maka terwujudlh perniagaan menjual anak arnab sampai ke hari ni..tapi skrng buisness ni bapak aku yg pegang sebub abang aku dah go mengajar di Ibukota Malaysia...pastu barulah aku dan bapak aku plak yg meneruskn projek ni..tapi masalahnya sejak 6 bulan kebelakangan ni permintaan arnab kat kandang abang aku melebihi pengeluaran..Induk-induk arnab yang dulunya beranak sekurang- kurangnya 6 ekor sekarang dah kurang beranak sebanyak tu walhal anak-anak arnab yg dibeli dari kandang aku & dah mencapai umur matang mampu beranak sampai sebelas,dua belas ekor anak aku dengar..tp abang aku ckp masalah arnab kurang beranak ni boleh selesai sekiranya induk2 arnab diet  sikit(besor sangat sampai kurang beranak),biasalah kalau dah bapak aku yg bagi sarapan kat arnab2 tu memang boleh rosak penimbang dibuatnya....hehee .selain dari tu serangan tikus pon menjadi-jadi...kalau dia nak tumpang makan dedak ja xpa, nih sampai anak -anak arnab yg baru lahir sekali dia nk makan apa cer??permintaan anak arnab plak tinggi sampaikn berebut2 nk dapatkn arnab kat kandang ni,kiranya sampai aku x sempat nk tangkap gambar langsong anak2 nak buat kenangan... t kalau ada masa aku snap pic2 terbaru n letak di sini...tp kali ni rasa2 aku cam kaler putih kosong jaa banyak..tgk laa t cmna tu pon klau buyer x dtg awal...haaaaaahuhhhhhhhhhhh,mengantuk pon dah sampai...tu ja sedikit sebanyak coretan buat kali ni..kata-kata azimat meraban sblm aku tidoq..'x semua orang hidup bahagia bila dah mati tp semua orang memilih jalan mati jika mereka berasa dah x bahagia...hok aloh,apa ko merepek nih apitt..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment